Monday, April 9, 2018

Bagaimana Mengawal Nafsu



Bagaimana Mengawal Nafsu
"Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya, Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ( Yusuf : 53)

1. Berpuasa


Puasa Ramadan diwajibkan oleh Allah ke atas umat islam sebagai satu perisai untuk mengendalikan nafsu. Ibadah puasa adalah kegiatan menahan diri daripada makan dan minum serta nafsu dari mulai terbit fajar hingga tenggelamnya.
Rasulullah SAW juga ada menjelaskan tentang keberkatan bulan Ramadan menerusi sabdanya, yang bermaksud :
“ Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik daripada dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini. “
(HR. Ath-Thabarani, An-Nasa’I dan Al-Baihaqi)


2. Menutup `aurat:

Perkara utama dalam menutup pintu ma`siat ini adalah dengan menutup `aurat masing-masing. Jika hal ini dapat dilaksanakan, maka bebaslah manusia daripada ketidakterkawalan gelora nafsu yang sering terdesak untuk melihat batasan tubuh yang haram baginya ditayangkan secara percuma di hadapan mata.

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. [Al-A`raf; 26]

Namun umat Islam zaman sekarang masih ada yang tidak mengerti keperluan menutup `aurat. Mungkin disebabkan kurang `ilmu agama, maka bagi mereka `aurat (wanita) hanyalah dengan memakai tudung tanpa dikira panjang pendek labuhnya. Padahal tudung hendaklah dilabuhkan melitupi kawasan dadanya.

“..Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..” [An-Nur; 31]

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [Al-Ahzab; 59]

Malah, Al-Qur’an melarang wanita daripada memakai sesuatu yang dapat menarik perhatian lelaki untuk melihatnya seperti loceng yang diikat sebagai rantai di kaki. Perhiasan (bagi wanita) juga tidak boleh dipertontonkan kepada selain mahram.

“..Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya..” [An-Nur; 31]

“..Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..” [An-Nur; 31]

Jelas dalam Islam konsep menutup `aurat perlu didedahkan kepada kefahaman yang sebenarnya. Jika tidak, maka keperluan menutup `aurat dan faedahnya kepada manusia tidak dapat dini`mati dengan sepenuhnya.


3. Menundukkan pandangan:

Faktor kedua adalah faktor yang menahan diri kita daripada melihat ma`siat tatkala di tengah-tengah masyarakat yang tidak menutup `aurat. Ianya adalah anjuran daripada Al-Qur’an.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya..” [An-Nur; 31]


Dengan mengamalkan dua faktor ini, in sya’a Llah kita mampu untuk hidup dengan aman dan tenteram jauh dari memikirkan dan mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan terkutuk akibat pendedahan `aurat yang berleluasa.
4. Mengukuhkan Azam
Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.

5. Mengenal Pasti Sumber

Mengenal Pasti Sumber pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.

6. Mengenalpasti cara, suasana, tempat

Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.

7. kekuatan iman perlu dipasak awal

kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

- azab api neraka,
- azab kubur,
- mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
- kejauhan dari rahmat Allah swt serta
- tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w

8. Pasakkan implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

- penceraian akan berlaku akibatnya,
- pasangan zina mengandung,
- bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
- mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
- apa akan jadi kepada anak-anak ?,
- kejian masyarakat,
- ditangkap basah dan diumum di media,
- adik beradik mengeji,
- akan dijangkiti AIDS,
- dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat

9. Fikirkan target kehidupan dan sibukkan diri

Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan
seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

10. Datangkan keyakinan Allah maha melihat

Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian, Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

11. Sedarkan malaikat mencatat apa yang dilakukan

Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

12. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

13. Putuskan hubungan haram atau songsang

Putuskan hubungan sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.

14. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

15. Ubah rutin kehidupan

Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

16. Hadiri majlis ilmu

hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

17. Sertai kumpulan bersifat keagamaan

Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

18. Sertai kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan

Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

19. Bina target dan capaikan

Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan.

20. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

21. Fikirkan mati ketika melakukan maksiat

fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

22. perlunye berfikiran negatif

Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

23. Perdengarkan bacaan Al-Quran

Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlahdari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
24. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

"Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas" ( Al-Baqarah : 168 )

24. Menjaga pemakanan

pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
25. Memastikan harta

Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

26. Amalkan puasa sunat, zikir

Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

27. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
"dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa" ( Al-Imran )
"Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya" (Al-Shams : 9-10)

Friday, April 6, 2018

Delicious tomatoes

Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi



Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis


Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:
 



  
Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat  akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Membaca Surah Al-Kahfi Pelindung Fitnah Dajjal

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa surah Al Kahfi ini akan melindungi manusia dari fitnah Dajjal. Caranya dengan membaca dan menghafal beberapa ayat di dalam surah ini.

Sering dikatakan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir.

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,  “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93).
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, karena pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.

Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ

“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?…” Qs. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)

Oleh karena itu, Rasulallah Salallahu ‘alaihi waa Sallam selalu beristi’dzah (meminta perlindunagn kepada Allah) dari empat perkara dalam shalat, yaitu: Fitnah Agama (dalam kisah ashabul kahfi), Fitnah Harta (dalam kisah dua pemilik kebun), dan Fitnah Kekuasaan (dalam kisah raja Zulkarnain).
Karena itu dalam sebuah riwayat di anjurkan membaca surah Al-Kahfi bagi orang yang menemui masa-masa dajjal berkuasa.

“Barang siapa diantara kalian yang menemuinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).” (HR. Abu Daud). (anj/R02)

Wednesday, April 4, 2018

Doa Solat Dhuha



Antara Kelebihan Solat Dhuha

#1 Diberi Pahala Sedekah
Solat dhuha merupakan cara paling ‘murah’ untuk mendapatkan pahala bersedekah. Begitu indahnya ajaran Islam, sehingga hampir tiada alasan untuk seseorang itu untuk tidak melalukan amal soleh. Semuanya ditunjukkan cara.
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”
(HR. Muslim)

#2 Tergolong Dalam Kalangan Orang Yang Bertaubat
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha dia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

Bahkan dosa-dosa yang terdahulu turut terampun dengan melazimi solat dhuha!
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(HR Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

#3 Pintu Rezeki Dibuka Seluas-Luasnya
Kebiasaannya fadhilat inilah yang sering menjadi tumpuan mereka yang sering melaksanakan solat dhuha. Sekalipun tidak salah, seharusnya bukan hanya semata-mata fadhilat ini yang dikejar.
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih al-Targhib: 666) 

#4 Berpahala Seperti Mengerjakan Umrah
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
(Sahih Al-Targhib: 673)

#5 Disediakan Sebuah Rumah Di Syurga
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
(Sahih al-Jami’: 634)

Begitulah sedikit sebanyak fadhilat dan keutamaan solat dhuha yang dijelaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda.  Ternyata selain ‘murah rezeki’ banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang tidak seharusnya kita abaikan.  Tiada lagi rahsia solat Dhuha yang tidak disingkap hadis Nabi Muhammad SAW.

Tinggal lagi kita sebagai umat yang mengaku cinta dan ingin bersama Baginda di akhirat kelak, terus istiqamah mengamalkan sunnah yang sangat dituntut ini.

Sunday, April 1, 2018

Roh bayi yang meninggal dunia



Wahai Ayah dan Bonda Anak Syurga..
Anda Insan-Insan Terpilih..

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit. Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.

“Semasa di Padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan diizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka.

Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.
“Anak-anak yang meninggal sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.
“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim.

Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jalil. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim.

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampung halamannya, lupa semuanya."
Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan:

"Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu?"
Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.  Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga.

Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: "Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku?" Tanya mereka sambil menangis.
Malaikat menjawab: "Oh Wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka."

Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. "Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka". Mereka menangis dan meratap.

Kata malaikat: "Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.
Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu. Setelah bertemu dengan anak di pintu syurga, anak (yang meninggal di waktu masih kecil), yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga."

Berfirman ALLAH SWT dalam Al-Qur'an:
”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira."
Surah Ad-Dahr: 11
#Aamiin
#AlFatihahUtkHazim
#JanjiAllahItuPasti
#duhaihati


Tuesday, March 27, 2018

Buku Cerita Sedih



Seorang suami sedang melepak-lepak minum kopi di ruang tamu pada hujung minggu. Suami terpandang isterinya yang seronok menelaah sebuah buku.
Tiba-tiba air mata isterinya mengalir. Lantas suaminya yang prihatin itu terus bertanya mengapa isteri kesayangannya itu menangis.
Suami: Sayang, kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya baru habis baca buku, sad ending...sedihlah bang.
Suami:: Buku apa tu Sayang?
Isteri: Buku bank abanglah!!

Monday, March 26, 2018

Doa Supaya Cepat Kaya





Doa Supaya Cepat Kaya Ajaran Nabi Sulaiman


LATINNYA :
Qaala rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta alwahhaabu

ARTINYA :
Ia berkata: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi
Dilanjutkan dengan membaca Doa Supaya Cepat Kaya ajaran Nabi Sulaiman berikutnya yang berbunyi :

LATINNYA :
“Fatabassama dahikan min qawlihaa waqaala rabbi awzi’nii an asykura ni’mataka allatii an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya wa-an a’mala shaalihan tardaahu wa-adkhilnii birahmatika fii ‘ibaadika alshshaalihiina”

ARTINYA :
Maka ia tersenyum serta tertawa karena mendengar perkataan dari semut itu. Dan dia berdo’a: “Ya Tuhanku berikanlah aku ilham untuk tetap selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku serta pada kedua orang ibu bapakku untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai : serta masukkanlah aku dengan rahmat-Mu kedalam golongan hamba-Mu yang shaleh

 

Cara Amalan Doa Supaya Cepat Kaya Ajaran Nabi Sulaiman

Untuk dapat merasakan fadhilah Doa Supaya Cepat Kaya diatas maka anda harus mengamalkannya dengan tata cara sebagai berikut :
  1. Lakukan solat hajat 2 rakaat saja pada malam hari
  2. Setelah salam, bacalah doa supaya cepat kaya diatas masing masing sebanyak 33 kali.
  3. Tutuplah dengan mengucapkan tasbih “Subhanallah walhamdulillah lailaha ilallah allahu akbar” sebanyak 100 kali.
  4. Setelah itu baca al fatihah sebanyak 3 kali.
  5. Disusul dengan membaca surat Al Ikhlas, An Naas dan Al Falaq masing-masing satu kali saja.
  6. Setiap selesai solat fardhu bacalah doa kekayaan Nabi Sulaiman diatas sebanyak 3 kali masing masing.
  7. Lakukan secara rutin maka anda akan menuai balasan berupa kelancaran rezeki dan dilapangkan rezeki anda demi mencapai kekayaan.

Saturday, March 24, 2018

Kisah Asal Usul Hajar Aswad



Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan


Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kapan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapur kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Friday, March 23, 2018

Berpisahnya Roh dari Jasad






Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama- lamanya."


Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."