Sunday, May 17, 2020

Mak Cik Julia Bee bt Ramjan - Al Fatihah

Pergimu dibulan yang mulia..
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkanlah dia, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga Arwah Mak Cik Julia Bee bt Ramjan.
Salam takziah buat Pak Cik Abu Zaharin sekeluarga..
Menerima panggilan dari sepupuku tadi, memberitahu bahawa satu-satunya ibu saudaraku yang tinggal telah pergi buat selama-lamanya..
Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui perasaan kami, ahli keluarga di sini kerana tidak dapat menziarahinya di Kuala Lumpur sana walau pun sekali di musim wabak ini.. 😭
Semoga ruhmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Kali terakhir kami berjumpa dengan arwah ialah pada 30-Jun-2018 sewaktu arwah sekeluarga datang menginap di kediaman kami untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Alor Pongsu.


No comments: